home

Jumaat, 16 Julai 2010

TEORI SEORANG TEMAN

Klu mengikut teori yang pernah diajar kepada aku lah, caranya kurang lebih begini:

1. Telor kena dikutip pada hari yang sama, seeloknya kurang dari 6 jam. (Tapi kadang2 tu susah nak praktiskan masa 6 jam tu)

2. Telor boleh di simpan dalam cold room dengan 7 hari pertama ialah pada suhu kurang lebih 17 darjah C dan 7 hari kedua pada kurang lebih 14 darjah C (Juga susah untuk dipraktiskan kalu dalam sakala kecil - Nak daptkan cold room pun satu masalah. Kena ada dua unit lah pulak)

Itu adalah teori dan itu juga dipraktiskan di pusat penetasan telor itik di paya jaras selangor satu ketika dulu. Namun peratusannya juga adalah teruk sehingga dibawah 50%.

Banyak sebab kenapa terjadi peratusan yang demikian. Antaranya ialah umur baka, cara pembakaan, cara pengendalian (Mereka transport dlam qty yang banyak tapi transport mereka tidak efeisyen)

Saya sedang melakukan proses pengeraman ayam kampung asli (ORI) dalam skala yang agak besar sehinggan kapasitinya sekarang ini ialah 5,000 ekor sebulan. Dah mula pun baru seminggu yang lepas.

Telor saya dapatkan melalui beberapa proses pengumpulan. (Saya akan ceritakan dlam blog saya esok - harap2lah)

Untuk batch yang pertama dan kedua, selepasa candling dibuat, peratusan telor yang dah membentuk "blood ring" adalah begitu memberangsangkan. Dari 180 biji, hanya sekitar 20 biji sahaja yang tiada benih. Tetas belum tentu lagi, 31/5 adalah jadual penetasan pertama.

Apa yang cuba saya katakan di sini ialah, saya tidak tau samada telor yang saya beli itu adalah telor yang dikutip pada hari yang sama iaitu dalam tempoh 6 jam pertama.

Yang keduanya, ada sebahagian telor memang dah beberapa hari tempohnya, berhujan dan berpanas serta berembun. Ada sebahagiannya telah dimasukkan ke dalam peti ais.

Saya akan maklumkan kepada forumer yang berminat, peratusannya (kadar penetasan selepas candling, dan sebelum candling).

Apa yang pasti, telor kepunyaan baka yang saya ternak sendiri (juga tidak mengikut kaedah yang saya sarankan pun), iaitu 1 jantan kampung ori dengan 10 betina. Kutipan telor sehari ialah sekitar 3 - 5 biji telor. Pemakanan ialah sisa makanan dan kadang di beri jagung. Dikurung dalam kawasan yang agak bebas dengan berpukat.

Penetasan pertama ilah pada beberapa hari yang lepas. Dari sekitar 25 biji telor yang diramkan, 5 daripadanya ialah tidak berbenih (dah digoreng pun setelah dibuat candling).

20 ekor menetas dengan 1 ekor cacat (tempang kakinya) manakala yang 19 ekor lagi segar bugar. Kesemua 20 ekor ayam ori tersebut telah selamat aku jual dengan harga RM2.60 seekor. Usia ayam itu ialah 2 - 4 hari. Cuma ada sekor, ayam tersebut tetas pada hari ke 18. Tapi sihat walafiat.

Penetasan dgn telor yang dibeli ialah pada 31 hari bualan dengan 27/28 haribulan ini ialah tempoh pemindahan ke dalam hatcher.

Sama-samalah kita tunggu keputusannya.

P/S : Saya mensasarkan penetasan telor ayam KG ORI sehingga 10 - 15 Ribu ekor dalam masa 2 - 3 bulan akan datang sekiranya telor yang saya beli dengan pelbagai kaedah dan cara ini berjaya ditetaskan dengan peratusan sekitar 60 -70% dari kuantiti yang asal.

kaedah menyimpan bukanlah sesuatu yang ULTIMATE dalam menentukan peratusan tetasan akan tetapi, inkubator juga terlalu membantu untuk menetaskan dengan cantik. Inkubator di sini ialah "KONSEP" yang digunakan dalam membangunkan inkubator tersebut.

Pengendalian adalah penting, tetapi inkubator tidak kurang pentingnya.

Inkubator yang dibangunkan tanpa menggunakan peralatan yang perlu, tidak menyumbang kepada peratusan penetasan yang baik. Sebagai contohnya, penggunaan thermometer dan hygrometer adalah ganding yang amat perlu. Tanpa hygrometer, cacatlah inkubator tesebut, kecuali seseorang itu memang sudah amat pakar mengenai inkubator milik mereka.

Harga htyrometer yang disekalikan dengan thermometer pun tidak lah semahal seperti dulu.

Pengalaman saya juga, kita tidak perlu untuk buat tentu-ukur (calibration) sekiranya kiata ada meter pendua (ada dua unit, iaitu satu yang mobile).

Penetahuan berkenaan dengan kadar kelembapan adalah amat perlu bergantung kepada spises dan juga suasana samada eraman atau tetasan.

Amat malang kalau kita andaikan kedua-dua suasana itu mempunyai ukuran yang sama dan teramat malang lagi kalau tidak ada hygrometer.

Melainkan ada adalah seorang yang memang pakar.

Terang-terang saya katakan di sini, menggunakan plywood adalah option terbaik walaupun plastik boleh diguna-pakai dalam membangunkan inkubator. Pelbagai sebab. Saya ada alasannya.

KEJAYAAN DALAM PENETASAN TELUR


Tidak semua telur yang dimasukkan ke dalam inkubator akan berjaya ditetas. Bagi pengusaha yang baru belajar menggunakan inkubator, sudah pasti mudah berputus asa dan menyalahkan inkubator. Sebenarnya, bagi pengusaha-pengusaha baru, jika 40%-60% telur berjaya ditetas, sudah memadai untuk dikatakan sebagai berjaya!
Bagi yang telah berpuluh-puluh tahun berkecimpung dalam bidang ini, belum tentu mereka dapat menetaskan 100% telur-telur tersebut.Betul tak?
Daripada perkongsian maklumat bersama pengusaha-pengusaha didapati beberapa perkara yang perlu diberi perhatian untuk memaksimakan peratusan tetasan telur.
Antaranya ialah:
1.Telur mestilah bersih, kering dan bebas hama. Telur yang kotor dan basah dikhuatiri takkan menetas. Kalau boleh cuci kulit telur sampai bersih dengan kain kesat atau kertas pasir halus tapi pastikan tidak digosok terlalu kuat hingga retak atau kulit menjadi nipis.Kalau tuan-tuan pernah tengok telur kotor & basah yang boleh menetas tolong beritahu saya!

2. Telur tidak boleh dibiarkan lebih seminggu dari tarikh telur keluar dari rahim ibu ayam. Kalau tuan-tuan pernah berjaya tetaskan telur yang terbiar lama sila maklumkan kepada saya!
3. Kedudukan inkubator mestilah di tempat yang tertutup supaya suhu persekitaran terkawal. Bebas dari pancaran matahari dan tiupan angin. Bayangkan inkubator itu seperti ibu ayam yang sedang mengeram. Sudah tentu dia tidak suka mengeram di tempat yang terang dan terbuka. Betul tak?
4. Pastikan inkubator bebas daripada kuman,hama dan seumpama dengannnya.
5. Set suhu pada termostat hingga bacaan termometer berada antara 38-40 C sebelum memasukkan telur. Julat yang terlalu besar kurang bagus. Seeloknya lampu terpadam bila suhu naik sehingga 40 C atau turun sehingga 38 C.

6. Kelembapan inkubator perlu dikawal. Inkubator manual yang menggunakan bekas air untuk mengawal kelembapan perlu sentiasa mempunyai air. Kereta kita pun perlukan air bateri kan? Kalau air bateri kering apa akan jadi?
7. Peneropongan telur perlu dibuat pada hari ke-3, ke-14 dan ke-18 untuk memastikan berlakunya persenyawaan. Boleh dibuat secara manual dengan meneropong dengan “torch light” di tempat gelap. Kalau nampak ada urat-urat merah tu, INSYAALLAH tanda-tanda kejayaan!

Di bawah ini disediakan tentang punca gagal menetas dan cara mengatasinya.
8. Telur perlu diputar sekurang-kurangnya 3 kali sehari bagi memastikan embrio tidak melekat pada kulit dan keseluruhan telur mendapat kepanasan yang sekata. Kalau rajin, boleh alih setiap 3 jam untuk hasil yang lebih baik kerana ada penternak yang mendapat penetasan telur 90% dengan cara ini. Telur tidak dialih pada hari ke-18 dan pastikan bahagian merekah berada di atas kerana waktu itu anak ayam dah mula nak keluar. Kalau alih nanti takut cecair tumpah.

9. Kadangkala kita tengok ibu ayam meninggalkan telur tanpa dieram selama beberapa ketika untuk cari makan atau berguling-guling di atas pasir. Tingkahlaku tersebut ialah untuk mendinginkan telur. Kita boleh meniru aksi tersebut dengan membuka inkubator selama 10-15 minit atau keluarkan telur tersebut untuk diteropong.
10. Menjelang hari ke-18, kelembapan perlu ditambah untuk memudahkan pemecahan cengkerang.
11. Bila anak ayam dah keluar, ia perlu dibiarkan sehari semalam tanpa makan dan minum di dalam inkubator untuk mengeringkan bulunya sebelum dialih ke kotak D.O.C (Day of Chicken) yang dipasang lampu sebagai sumber pemanas. Boleh guna lampu 5 watt.